Sumirah atau 'som' dari Semarang Indonesia. Pernah bekerja sebagai orang gaji di rumah jiran saya. Senario lumrah di Malaysia. Tapi som ada pandangan saya adalah seorang yang luhur hatinya dan dedikasi sebagai pembantu rumah. Rajin bekerja dan beruntung majikannya.
Walaupun hampir 10 tahun meninggalkan anak-anak dan suami di kampung kerana mencari rezeki halal sebagai pembantu rumah, meningkatkan pendapatan keluarga, ia berakhir dengan cerita yang memilukan. Pekerja Indonesia jika bekerja di Malaysia, seharusnya tidak ada masalah. Bahasa dan budaya Malaysia dan Indonesia banyak persamaan. Jadi dia seperti orang lain tidak menghadapi masalah hidup di sini. Tetapi tidak rupanya, apabila dia lupa tujuan asalnya.
Tahun lepas SOM membuat keputusan cuba membina hidup baru pulak di Malaysia. Tetapi selepas kahwin dia diuji dengan kesempitan hidup yang amat sangat. Suami yang seharus menjadi pelindung sebaliknya tidak berlaku. Akhirnya meninggal dunia hari ini selepas sakit kanser usus. Suratan dia menghembus nafas terakhir di perantauan adalah kehendak ALLAH dan tiada siapa yang boleh mengubahnya. Tetapi bagaimana dia melalui sisa hidupnya adalah pilihan dia sendiri dan orang yang mengenalinya.

Dia seharusnya mendapat nasihat dan pandangan samada wajarkah dia membina hidup baru dengan berkahwin dan berhenti kerja sebagai pembantu rumah. Selepas setahun berkahwin, dia jatuh sakit. Dia meninggal dunia sebelum sempat balik ke Indonesia. 'Som' melalui saat akhir hayatnya dengan keadaan yang sangat trajis dan sedih. Apatah tidaknya, penyakit kanser perut yang ditanggung sekian lama tidak dirawatnya. Seksa matinya.
Kedua, kenapa tidak ada orang yang mengenalinya memberi nasihat apatahlagi membantunya. Dia menemui ajalnya dalam keadaan yang sangat sedih dan terbiar. Saya hanya sempat memberi penghormatan sebagai mengenali budi baiknya kepada saya. Saya berdoa apa juga kebaikan dan ramahnya dengan keluarga saya diganjarkan dengan pahala dan syurga. . . .. . Amin
My dear sons and daughters, always seek for second, third . . opinon. Then decide. It's your choice, not destiny.
My dear sons and daughters, always seek for second, third . . opinon. Then decide. It's your choice, not destiny.