Wednesday, 22 March 2017

The Map Is NOT The Territory vs Komunikasi


Saya ada share presupposition ini, dari prespektif makna yang kita beri atas sesuatu yang dizahirkan kepada kita atau oleh kita. Apa juga yang disampaikan oleh kita TIDAK semesti difahami atau dipersetujui oleh orang yang mendengar atau membacanya. Sebab kita melihat atau mendengar BUKAN sepertinya tetapi sering melihat dan membaca atas apa kita percaya sahaja. Kerana minda kita sering delete, distort dan generalise idea. 

Tetapi bukan itu sahaja. Kita sering menyampaikan atau menulis sesuatu yang tidak ada kepentingan orang yang membacanya atau mendengarnya. Kita berkomunikasi apa yang kita tahu bukan sesuatu yang orang lain INGIN tahu. Kita sering menulis atau bercakap dari prespektif peta minda kita dan tidak memperdulikan orang lain. 
Komunikasi adalah maklum balas yang kita dapat. Kalau kita tidak berjaya apa yang kita inginkan, komunikasi kita tidak berkesan. Komunikasi yang berkesan hanya atas platform jurang peta minda yang minimum. Komunikasi yang berkesan hanya dengan  rapport yang baik. We match and mirror mind map orang lain.
Dalam sosial media seperti whatsapp, facebook dan instagram, kita sering disantak dengan posting yang kita tidak berhajat atau tidak ada kepentingan ke atasnya, walaupun kita perlu meraikannya. Seperti seseorang yang sering share makan sedap2 dan posing macam artis.

Hanya sedikit sangat posting yang sangat berguna. Share, kalau berguna atau abaikan sahaja.

Tuesday, 21 February 2017

The map is not the territory

Ada 2 perkataan yang membina maksud presupposition ini.  Map iaitu peta dan territory bermaksud kawasan sebenar. Jadi peta tidak pernah atau tidak akan menjadi kawasan yang sebenar. Kenapa ? Sebab presupposition dicipta sebelum era IT. Sebab ketika itu peta statik sifatnya. . Kalau tak percaya guna gogle map (free).

Sekarang keadaan sudah banyak berubah Sudah ada application peta dalam dalam gajet smartphone iaitu waze. Waze memberi petunjuk peta mengikut real time. Ini bermakna jika berlaku kemalangan atau kesesakan lalulintas, waze akan memberi maklumat yang tepat secara real time.  Jadi sekarang map adalah territory.
Tetapi bukan itu maksud nya dalam context NLP. Ia bermaksud setiap orang kita memilikki mental map atau mind map kepada dunia sebenar di luar yang tersendiri. Peta minda kita terbentuk dari pengalaman dan persepsi kita atau internal representasi yang unik. Kita melihat, merasa dan  mendengar berbeza antara sama kita atau subjektif walaupun perkara yang sama kita lihat dengar dan rasa. Maka peta minda kita tidak sesekali objektive sifatnya. Ia dipengaruhi meta model kita termasuk kepercayaan kita.

Tetapi semua kita masih tidak dapat mengawal hati kita. Kita asyik  bertindak atas mind map kita. Walaupun kita menyesal selepas itu. Sebab menurut sahaja peta minda kita, bukan sebenarnya. Kita buta, pekak dan tidak merasa. Sebab itu agaknya, kita mesti selalu berdoa dengan doa ini.  Sebab hati kita bukan milik kita, Milik Allah.

Saturday, 18 February 2017

Think Green Go For Green | Visi atau Legacy

Pagi ini di Tasek Shah Alam ketika menjalankan aktiviti riadah, rasa teruja bila melihat sekelompok komuniti kanak-kanak India berumur bawah 12 tahun. Mereka mengadakan perhimpunan di Tasek Shah Alam bersama beberapa orang ibu bapa yang mengiringi. Seorang bapa memberitahu  saya, ini merupakan usaha pihak kuil mereka, memberi pendedahan awal kepada anak-anak, supaya menjaga alam sekitar. Luar biasa masyarakat India ini. Mereka sedar mereka minoriti tetapi tetap mahukan generasi yang mereka tinggalkan manusia yang berjiwa besar. 

Manusia bertindak berdasarkan apa yang mereka lihat masa kecil. Lagi awal kita didedahkan kepada sesuatu itulah yang state of mind yang menjadi pegangan hidup mereka. Kita memberi reaksi terhadap sekeliling kita secara separa sedar berdasarkan apa yang dalam minda kita. Semuanya neurologik. Visi mereka adalah membina masyarakat India yang hebat !

Saya yakin mereka yang hadir ini bukan semata-mata mahu anak-anak mereka mempunyai kefahaman bagaimana hidup mesti menjaga alam sekitar. (teringat zaman politik Pak Lah dulu, menjaga alam sekitar adalah flagship Islam Hadhari). Mereka mahu meninggalkan legacy bahawa hidup mesti menjaga hubungan dengan manusia dan segala makhluk ciptaan Pencipta), Lebih jauh dari itu, mereka mahu membina satu generasi yang bukan sahaja bertamadun dan maju bukan sekadar IQ dan emosi tetapi juga spiritual nya. Begitulah masyarakat India, Seorang professional setiap keluarga juga wawasan mereka. Legacy kepimpinan India. 

Lihat banyak posting facebook beberapa orang kawan pimpinan politik di Gombak dan Selangor amnya. Dari dulu hingga sekarang di barisan kepimpinan hadapan UMNO Bahagian, Tentu sudah banyak yang telah dibuatnya untuk orang Melayu, Tahniah lah

Tuesday, 7 February 2017

Minda Separa Sedar

Banyak ditulis sebagai zone selesa seseorang. Di mana minda tidak digunakan sangat untuk bertindak. Tidak perlu critical untuk membuat pertimbangan yang paling wajar. Tindakannya hanya berdasarkan apa yang ada dalam memori atau hampir kepada pengalaman seseorang. Soalan kenapa, bagaimana dan kalau tidak, tidak digunakan. 

Atau bila deria  diransang dan ditapis minda. Apa kepercayaan (state of mind) yang sedia ada berdasarkan pengalaman hidupnya. Apa sistem nilai, atitude seseorang dan reaksi spontan terhadap sesuatu. Bagaimana dia mentafsir (persepsi) sesuatu yang meransangnya dan apa keadaan dirinya (state) Semua bergantung kepada memori atau tindakan 'neurology' sahaja. Analogi yang paling sedang adalah makan. Biarkan anggota sahaja yang melaksanakannya. Rutin kepada sistem neuron manusia.  

'Conscious mind' juga menggunakan apa yang sedia ada dalam minda. Tetapi ia memerlukan kebijaksanaan akal (wisdom) atau sesuatu analytical yang wajar atau yang terbaik kepadanya atau orang lain. Malah domain spiritual juga. Berfikirlah sejenak lebih baik dari beramal sepanjang malam kata boss saya !

Perangai kita yang 90% itu, dari subconscious mind.
.

Tuesday, 31 January 2017

Negativity

Negativity atau besifat negatif adalah salah satu ciri brainblock (The Mega One). Ia kadang2 disebut sebagai 'the fine art of complaining'.  Negativity adalah perasaan obses yang membesarkan masalah dan kegagalan yang menghalang sesuatu usaha memikirkan perkara2 yang menyumbang kepada kejayaan. 

Apa itu brainblock. Sesuatu yang menghalang minda berfikir untuk mencipta tindakan untuk kejayaan hidup. Sebab otak kita dianugerah Allah untuk merangka kecemerlangan. Bila brainblock atau asyik memikirkan kegagalan dan masalah. Itu lah yang akan kita cipta. 

Yang pasti berfikiran negative akan menghalang seseorang berjaya dalam hubungan baik antara manusia kecuali siapa yang disukainya (macam dia juga). Mereka sama sekali tidak akan berjaya meningkat rapport dengan siapa pun. Orang yang negative sering bermasalah dalam komunikasi mereka. Mereka akan menyebabkan sering gagal dalam 'inter-personal relationship' (dalam buku tulis)

Apa tanda orang negative. Mereka akan mulakan, laksanakan dan akhiri apa juga dalam hidup dengan masalah yang dibina dalam fikirannya yang direkanya (buku tulis juga) 

Thursday, 26 January 2017

Legacy

People is not his or her behaviour. Pre-supposition yang kuat maksud dan tujuan nya. Lebih kurang, kita tidak sepatutnya melabel seseorang dari sikapnya. Sebab perangai seseorang sesuatu yang contextual dan berubah. Walau bagaimana pun segala tindakannya akan tetap dikenang. Manusia juga dikenali dengan fizikalnya, Saya ada kawan yang dilabel dengan sifatnya iaitu udin pendek sebab rendah sikit orangnya. Semua kawan-kawan orang melabel seperti itu. Lama tak jumpa dia ni.  Hehe (break the state)

Tetapi, behaviour is legacy. Ia menunjukkan apa juga yang dilakukan seseorang akan dikenang. Pemimpin yang berjasa kepada negara seperti Tun Mahathir Muhamad akan tetap dikenang. Betul ! Dulu semua orang kata dia negarawan yang tiada ganti, Tetapi sekarang TV3 kata sebaliknya. Ada kawan-kawan saya kata lagi teruk. Tun Mahathir lansung tak guna ! Saya tidak mahu ulas apa-apa sebab 'everybody is right, NLP. Samada  yang memujinya atau yang memburuknya. Apa legacy Mahathir Muhamad ? Banyak. Jangan nak cuba padamlah. Reframe mungkin boleh. 

Legacy adalah sesuatu yang ditinggalkan. Ia mungkin sesuatu yang fizikal atau objective sifatnya. Tetapi mungkin sesuatu gagasan yang bersifat subjective. Orang politik tahu, pemimpin memang perlu legacy, Sesuatu yang akan dikenang orang semasa hidupnya atau tidak. Macam Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Dia meninggalkan banyak legacy di Selangor. Melayu Baru atau Masyarakat Perdagangan Melayu Selangor atau Selangor Maju 2005. Siapa pun tak boleh padam jasanya atau legacynya. (sampai situ saja saya ulas).

Atau kalau nak pergi jauh, pergi Turkey. Lihat Kamal Artartuk Presiden Pertamanya selepas era Uthmaniyyah. Apa legacynya. The Genius, The Liberator and A Founder of Modern Turkey (liberator lah sangat!)

Dato Seri Muhd Najib, Perdana Menteri ke 5  pun perlu legacy. Misalnya peranannya meningkatkan ini, menurunkan itu dan macam-macamlah lagi. One Malaysia. Lepas itu Transformasi Program yang disusuli pelbagai transformasi program. Sambung pula New Economy Model. Yang terbaru Transformasi Nasional 2050 (TN50). Ia tetap akan menjadi legacy semasa pemerintahan beliau. Tunggu je. 

Wednesday, 25 January 2017

TN50

TN50 atau Transformasi Nasional 2050. Apa tu ? Satu gagasan negara macam Wawasan 2020. Kerajaan sedang menyediakan platform bagi orang muda menyuarakan cadangan bagaimana Malaysia pada tahun 2050. Satu pendekatan baru untuk kerajaan dapat merangka suatu instrumen sesuai secara undang-undang atau tidak kita tunggu je. 

Terlalu awal untuk dinilai apatah lagi memberi ulasan. Tetapi sebagai rakyat Malaysia yang sayang negaranya mesti menyokong aspirasi YAB PM ini. Kalau tak setuju jangan cakap merapu dan tuduh bukan-bukan. Biar orang lain buat kerja.  Kita beri saranan sewajarnya untuk menjayakan wawasan untuk anak cucu kita.


Tapi bila dengar TN50 Dan gagasan lain teringat data kisah Mel Fisher yang berjaya mengawal state dan harapan anak kapalnya. Today is the day ! Mungkin TN50 pun begitu. Suatu usaha membina harapan bersama dikalangan rakyat. Supaya semua bersama dengan impian murni. Seterusnya menjana semangat kekitaan dikalangan rakyat. Nation state !

Sebelum ini pelbagai program telah dilaksanakan. Government Transformatuon Program | Political Transformation Program | Economy Transformation Program, Kali kita jamak semua. Transformasi Nasional. Idris Jala selalu beri angka yang menarik dalam pelbagai media dan vanue. Ada yang saya faham dan dapat rasakan tetapi ada yang macam tak faham je. 

Tetapi sebelum itu One Malaysia Policy. Tidak kurang menariknya. Bagaimana agaknya. Tak ada petunjuk yang menarik ke ?Tetapi masa diperkenalkan tidak kurang juga polemik nya

Monday, 23 January 2017

Sahabat

Hari ini saya terbaca post dari YB Pencen. Terbaiklah. Tersentuh saya. Tetapi dengan umur terasa semakin singkat ini, berpeluang ke saya memilikki seorang sahabat. Dengan pengalaman jahil hidup hampir 57 tahun ini semacam tidak ada rezeki saya mendapat seorang sahabat. Kenapa ?

Satu blog menyatakan, sahabat adalah orang ke 3 dalam kehidupan manusia, selepas orang tua dan saudara. Tapi saya katakan dalam kontek saya sahabat adalah orang ke 4 selepas ibu, isteri dan anak-anak. Kalau begitu, tak ada ! Sebab dalam banyak hak saya tak perlu yang ke 4. 1,2 dan 3 sahaja. 

Lagipun seorang sahabat adalah orang yang sangat dekat dengan kita, seorang yang paling jujur dan kita percayai. Sudah tentu seseorang yang hampir memahami peta minda kita atau sentiasa cuba memahaminya. Persahabatan harus dilandasi rasa saling kepercayaan yang tinggi dan saling mengerti karena “friends will always help us in anywhere and anytime” Siapapun sahabat kita dia tetaplah sahabat kita dan harus saling mengerti perasaan satu sama lain. Tetapi hidup zaman ini kita hanya perlu berbuat baik dengan semua orang tetapi janganlah harap sangat semua orang berbuat baik dengan kita. 

Saya rasa saya akan menggunakan pendekatan NLP. Its all about you. i'm responsible for my life. 


Sunday, 22 January 2017

Cegu Abdul Rahman

Hari ini bagi pihak peribadi dan YBK saya meraikan cegu Abdul Rahman bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah. Guru besar yang dedikasi dan komited  membantu pelajarnya. Sentuhannya menakjubkan. Ada saja pelajar yang berjaya mencatat keputusan UPSR cemerlang, khususnya pelajar Asrama Kasih YBK Gesir. Kecuali UPSR 2016.

Memang penting meraikan sesama insan ni. Sebagai menzahirkan terima kasih dan penghargaan kita. Saya tidak melihat ia sebagai membina rapport ke atas perhubungan antara manusia sahaja. Ia lebih dari itu. Ia adalah menifestasi diri kita, bagaimana kita menghargai orang yang berbudi baik dengan kita.

Saturday, 21 January 2017

Bukit Sapu Tangan

Hari ini tak tahu kali yang ke berapa saya sampai di puncak Bukit Sapu Tangan Taman Botani Shah Alam. Kepada setengah orang, apa sangat lah mendaki Bukit Sapu Tangan sebab hanya 200 meter dari paras laut. Tetapi kepada saya dan orang lain juga, mendaki hingga ke puncak juga suatu kepuasan. Mendaki bukit dengan kecerunan ada yang hampir 45 darjah suatu yang amat memenatkan. Dari mula, berjalan dan mendaki, sampai ke puncak dan kembali ke kereta 3 jam juga.

Thursday, 19 January 2017

NLP PLYBK Kuala Selangor

Hari ini menyampaikan sesi motivasi Neuro Linguistic Programming kepada lebih 50 orang pelatih Pusat Latihan YBK Kuala Selangor bersama Audi Faliq. Mereka terdiri daripada pelatih Sijil Kemahiran Malaysia Kementerian Sumber Manusia, Sijil Kemahiran Kecekapan CIDB. Ini merupakan program tahunan YBK kepada pelatih di sini.

Menyampaikan sesuatu atau memberi inspirasi kepada suatu kelompok pelatih seperti mereka sebagai usaha motivasi bukan mudah yang jangkakan. Tetapi tidaklah susah jika kita gunakan 'syntax language' yang sesuai.  Yang penting kita perlu berfikir menggunakan peta minda mereka atau kita mesti lebih bersifat empathic. Mereka adalah bukan dari kalangan pelajar cemerlang SPM atau yang mempunyai impian untuk menjadi manusia cemerlang.  Malah mereka mungkin tidak pernah ingin cemerlang dalam hidup mereka. Saya mungkin salah. Tetapi jika mereka mereka dari kalangan yang ingin berjaya ia sangat memudahkan atau mereka tidak berada di situ.

Sunday, 15 January 2017

Hamzah bin Jalli

Hamzah Jalli (6/11/1949-14/1/2017)

Pagi ini saya dikejutkan dengan satu berita sedih. Seorang insan yang saya kenali sejak 2014 secara dekat dan sangat disenangi kerana sifat peramahnya. Berita kembalinya beliau ke Rahmatullah, Memang ajalnya tetapi semua yang mengenalinya mesti bersetuju. Dia sangat disenangi.
Benarlah dengan suatu 'pre-supposition, all behaviour is the best choice currently available. Maka sering kali pandangan Allahyarham seolah-olah memberi ruang atau bersetuju dengan setiap tindakan seseorang. Kalau ada ulasan untuk penambaikan pada pandangannya darinya dia akan akan berkata '... kalau aku kata begini . . . .bagaimana ? '

Wednesday, 11 January 2017

Muhd Faiz Subri | Ronaldo

Pertamanya,Tahniah Muhd Faiz Subri. Sebab berjaya meletakkan diri sebaris dengan pemain bola sepak lagenda kelas dunia. Saya pernah kata. Jika kita hendak cemerlang tanda aras dan piawai kita mesti tinggi, standard dunia. Barulah boleh berjaya. Ia memang benar. Muhd Faiz telah meletakkan suatu piawai tinggi dan sentiasa bercita-cita mencipta kejayaan dalam bola sepak pemain kelas dunia seperti Ronaldo.

Tuesday, 3 January 2017

Apa Makna Yang Kita Berikan

‘Word has no meaning until we give it’. Selagi kita tidak memberi sebarang makna kepada sesuatu istilah ia tidak akan memberi sebarang erti kepada kita. Sebab manusia adalah maklumat yang ada padanya dan makna yang diberikan yang meransangnya dan menjana kepercayaan dan attitude nya. 

Maklumat yang dicerap melalui deria pendengaran, penglihatan dan perasan (rasa dan bau). Ia akan memberi sesuatu prespektif yang menjana tindak balas dan perangainya.  Apa makna kecemerlangan hidup ? Adakah untuk mencapai suatu standard tertentu. Mungkin pendapatan lumayan dan kekayaan sebagai ukuran. Atau self actualization atau kesedaran spiritual. 

Monday, 2 January 2017

Rapport

Rapport | mengurangkan perbezaan peta minda antara manusia. Kenapa ia perlu. Sebab dengan rapport yang baik akan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan orang dengan kita. Akhirnya, the responses or feedback is what you espect or else the communication not effective.
So how ? Just watch and match gesture and posture, listen and match the key words and track and match the key needs and concerns.
Or the least like people always did. LIKE. So easy

Dr Fadilah Kamsah | Socrates

Pagi ini dengar radio klasih. Ruangan tazkirah dari Dato Fadli Kamsah. Dia cerita pasal 3 fasa tapis berita yang kita dengar. Dia cakap setiap berita yang sampai kita tapi kebenarannya. Jika benar apa kebaikan kepada kita berita tersebut. Last sekali dia pun pastikan kegunaannya kepada kita. 

Jika tidak ada salah satu darinya. Jangan terima. Tapi Socrates pun cakap perkara yang sama. Tapi sangat berguna.

Sunday, 1 January 2017

Tahun 2017

Hidayah tahun baru. Puas sudah menanam budi, emas juga dipandang orang. Metafora ini masih relevan ke di era wisdom ini ? Rasanya tidak lagi.

Jadi marilah kita reframe anak2 kita dengan 2 peribahasa ini. Hutang emas boleh di bayar hutang budi kita bawa mati. Atau 
Harimau diingat pada belangnya. Manusia dikenang kerana namanya. Bukan nama dalam IC tetapi 'branding'nya iaitu nilai budi atau behaviour semasa hidupnya atau bagaimana kita mengenalinya atau context nya. 

Sebab. Behaviour is legacy
SELAMAT TAHUN BARU 2017.

Monday, 12 December 2016

Razak Saad

Hari ini saya menerima berita seorang lagi kawan meninggal dunia. Kali terakhir dapat bersembang dengannya ketika perjumpaan hari raya Group Smkgs Enam Puluh tahun 2016.
Sedih juga sebab tidak dapat memberi penghormatan hari pengkebumiannya di Seremban sebab ketika ini saya di Semanggol Perak.
Mengenalinya sejak darjah 1 tahun 1967. Sangat rapat masa sekolah rendah.
 Tak ada kata2 yg boleh diungkapkan kecuali berdoa semuga rohnya bersama orang soleh dan diampunkan dosa2nya semasa hidup dan dihisab pahala atas segala kebaikan dan niat baik nya . Fatihah untuk kau Ajak!

Tuesday, 8 November 2016

DYMM Sultan Nazrin

Titah DiRaja oleh DYMM Sultan Nazrin menyempurnakan Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa Melayu. Antara ucaputama terbaik yang pernah saya ikuti. 

Tanpa elemen lara, tetapi sarat dengan fakta sejarah dan nilai cinta kepada bangsa. Menzahirkan penghargaan sumbangan besar Dato Onn Jaafar, Tun Razak Husein dan Tun Mahathir Mohammad menjadikan UiTM wadah mengangkat mertabat bangsa Melayu.


Begitu juga jasa bakti bekas Pengarah UITm Tan Sri Arshad Ayob sehingga mendapat penghargaan pemimpin parti pembangkang, Tan Chee Khoon.
Tetapi yang lebih menarik, Tuanku mengajak orang Melayu bebas berfikir (wisdom) dan membuat keputusan. Jadi pemimpin Melayu dihormati bukan ditakuti, yang akan dikenang jasa dan sumbangan kepada bangsanya

Saturday, 22 October 2016

Belanjawan 2017

Belanjawan 2017. Saya rasa perlu dilihat dari pelbagai aspek termasuk bagaimana ia boleh menjana pertubuhan ekonomi, merancang dengan bertanggungjawab tentang pembangunan dan pengurusan kewangan negara. Belanjawan 2017 bukan apa yang naik dan turun. Kalau ada pun yang naik atau turun ia tidak patut dilihat bukan dari politic leverage sahaja. Being good governance juga penting.
Belanjawan 2017 perlu dilihat dari aspirasi kerajaan untuk rakyatnya. Maka rakyat perlu beri peluang kepada YAB PM merealisasikannya. Bukan menyanggah berdasarkan peta minda pembangkang. Tak mungkin berlaku kerajaan ikut telunjuk pembangkang.
Begitu juga kerajaan, perlu berjiwa besar. Sebab yang penting rakyat. Sebab pembangkang tu pun rakyat !